Friday 11 January 2013

CARA UNTUK SCORE A DALAM KIMIA SPM


okay, ni cara-cara untuk score A dalam spm chemistry. kami ambil dari internet n translate dalam bahasa melayu. cara ni memang bagus. :) ada 3 steps. MPM (memori, praktis, master)

1. MEMORI
 kamu mesti menghafal 3 nota penting kimia iaitu: 'formula of cations and anions', 'reactivity series' dan 'periodic table'. jadikan sebagai nota poket atau tampal atas meja. tengok hari2 dan hafalkan! benda ni wajib hafal sebab dalam kimia, kebanyakan soalan memang gunakan benda2 tu. selepas itu, cuba buat latihan empirical formula of various ionic compund. kalau dah boleh, maksudnya, korang dah kuasai n mahir sangat dah la tuh :D

2. PRAKTIS
kamu mesti praktis pengiraan soalan Mole Concept and Molarity (solution). selain tu, kamu MESTI buat soalan2 kertas peperiksaan SPM tahun2 lepas and soalan percubaan SPM negeri2 lain. penting untuk kamu biasakan diri dengan gaya soalan, cara diorang tanya soalan, n cara jawab soalan SPM. pastikan tengok skema jawapan lepas dah buat tu. panggil la kawan2 korang study sama2. baru boleh saling bertanya n menjawab. :)

3. MASTER (kuasai)
kamu mesti mahirkan atau boleh tulis chemical equation and balance equation. bila dah mahir, mesti korang akan suka! sebab soalan macam ni banyak tau. selain tu, korang mesti tumpukan perhatian waktu eksperimen dalam kelas atau PEKA supaya kita akan biasa dengan eksperimen. dengan ini, senang la bila soalan kertas 3 nanti, sebab kita dah biasa dengan eksperimen. penting tau nak markah tinggi untuk kertas 3 so boleh cover markah kertas lain yang KURENG tuu. selain tu, baca eksperimen2 kimia selain PEKA, n baca PEKA juga.

okay guys, ni la tips2 n apa yang korang patut bagi perhatian dalam kimia. harap membantu. sebab benda2 yang atas ni sume yang banyak keluar soalan n banyak berkait dengan soalan2 kimia. apa2 pun, kalau ada apa2 yang nak ditanya, boleh je kan jumpa kami straight dalam kelas, or contact la kat mana yang patut. walaupun kami ta terer kimia, tapi kami boleh tolong yang mana mampu :)


this tips is from a website, berryberryeasy.com


No comments:

Post a Comment